MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG CFEST8

Pesta Konvokesyen USIM pada tahun 2010 ialah pesta konvo yang ke-8 diadakan. Bersempena 10 tahun USIM maka pengisian dan satu re-branding terhadap kualiti penganjuran pesta konvo pada kali ini akan dibuat.

Terima kasih atas kunjungan dan sokongan yang diberikan. Pengunjung blog dinasihatkan untuk meluangkan masa untuk melihat 'older post' sekiranya tidak menjumpai maklumat yang dikehendaki pada muka utama blog ini.

Bersempena Konvokesyen USIM kali ke-8, Sekretariat C-fest8 di bawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM akan mengadakan Pesta Konvokesyen.

Maklumat C-Fest 8:

Tarikh : 20-26 September 2010

Tempat : Stadium Tertutup Nilai, USIM

Pelbagai aktiviti seperti pembukaan gerai jualan,pameran ketenteraan, Pameran Inovasi Islam, Pameran Kerjaya, Konsert Malam Al-Quds dan pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan untuk memeriahkan suasana.


Sekian, terima kasih.

Thursday, June 10, 2010

Persembahan dikir barat sempena c’fest8

OBJEKTIF

· Menjana kecemerlangan akademik mahasiswa/i melalui intelektual dalam mebudayakan seni dikir barat.

· Memberi pendedahan serta pengetahuan kepada mahasiswa/i USIM akan seni budaya dikir barat.

· Mengeratkan hubungan antara mahasiswa USIM dengan pihak luar.

· Memangkin potensi kemahiran dalam membudayakan seni warisan negara khususnya dari pantai timur.

· Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai peri-pentingnya pengetahuan tentang kebudayaan yang lebih merangkumi aspek-aspek kebudayaan warisan negara.

· Menjadikan USIM sebagai salah satu universiti yang dikenali dalam memartabatkan seni budaya warisan bangsa.

Tarikh, Tempat Dan Waktu Yang Dicadangkan

Tarikh : 21 september 2010

Tempat : Stadium Tertutup Nilai

Waktu : 8.30-11.00 mlm

No comments:

Post a Comment