MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG CFEST8

Pesta Konvokesyen USIM pada tahun 2010 ialah pesta konvo yang ke-8 diadakan. Bersempena 10 tahun USIM maka pengisian dan satu re-branding terhadap kualiti penganjuran pesta konvo pada kali ini akan dibuat.

Terima kasih atas kunjungan dan sokongan yang diberikan. Pengunjung blog dinasihatkan untuk meluangkan masa untuk melihat 'older post' sekiranya tidak menjumpai maklumat yang dikehendaki pada muka utama blog ini.

Bersempena Konvokesyen USIM kali ke-8, Sekretariat C-fest8 di bawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM akan mengadakan Pesta Konvokesyen.

Maklumat C-Fest 8:

Tarikh : 20-26 September 2010

Tempat : Stadium Tertutup Nilai, USIM

Pelbagai aktiviti seperti pembukaan gerai jualan,pameran ketenteraan, Pameran Inovasi Islam, Pameran Kerjaya, Konsert Malam Al-Quds dan pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan untuk memeriahkan suasana.


Sekian, terima kasih.

Saturday, June 12, 2010

NOTIS PEMBUKAAN PENJUALAAN TAPAK GERAI C-FEST8

MAKLUMAN PENJUALAN TAPAK GERAI PESTA KONVOKESYEN KE 8 USIM 2010 (C-FEST8)

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta Konvokesyen Ke-8 USIM 2010 akan diadakan pada 20- 26hb September 2010 di pekarangan Stadium Tertutup Nilai, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan dan pada 24-25hb di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersempena Majlis Konvokesyen Ke-8 USIM 2010. Pelbagai acara akan dilaksanakan seperti Career Exploration (CAREX 2010), Forum Kerjaya, Forum Milenia Muslim, Malam Memperingati Al-Quds, pertunjukan ketenteraan, pameran agensi kerajaan, Seminar Gerakan Usahawan, Ekspo Inovasi Islam 2010 (Innova’10) dan pelbagai aktiviti menarik lagi dalam menjayakan Pesta Konvokesyen tersebut.

Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP) USIM sebagai Sekretariat Pesta Konvokesyen telah membuka penjualan tapak gerai pesta konvo kepada orang ramai termasuk pelajar dan juga staf USIM. Tuan/Puan yang berminat dan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan lot gerai pesta konvo tersebut sila hadir ke Pejabat MPP dan berurusan dengan Sdr.Daing Muhamad Fadzil Abd Latif atau di talian 013-344 0819 atau emailkan kepada cfest8_stall@yahoo.com Mohon kerjasama tuan/puan juga untuk menyebarkan maklumat ini kepada masyarakat luar

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment