MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG CFEST8

Pesta Konvokesyen USIM pada tahun 2010 ialah pesta konvo yang ke-8 diadakan. Bersempena 10 tahun USIM maka pengisian dan satu re-branding terhadap kualiti penganjuran pesta konvo pada kali ini akan dibuat.

Terima kasih atas kunjungan dan sokongan yang diberikan. Pengunjung blog dinasihatkan untuk meluangkan masa untuk melihat 'older post' sekiranya tidak menjumpai maklumat yang dikehendaki pada muka utama blog ini.

Bersempena Konvokesyen USIM kali ke-8, Sekretariat C-fest8 di bawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM akan mengadakan Pesta Konvokesyen.

Maklumat C-Fest 8:

Tarikh : 20-26 September 2010

Tempat : Stadium Tertutup Nilai, USIM

Pelbagai aktiviti seperti pembukaan gerai jualan,pameran ketenteraan, Pameran Inovasi Islam, Pameran Kerjaya, Konsert Malam Al-Quds dan pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan untuk memeriahkan suasana.


Sekian, terima kasih.

Saturday, June 12, 2010

Deskripsi Aktiviti Sepanjang CFEST 8 USIM

1. Career Exploration (CAREX 2010)

CAREX 2010 akan diadakan selama 3 hari bermula 21-23hb. September 2010 di dalam Stadium Tertutup Nilai, berkonsepkan pameran kerjaya, program uni membuka ruang kepada mahasiswa/i seluruh IPTA/S untuk mengenali agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan bidang kerjaya mereka dengan lebih dekat. Turut diadakan di sebelah malam ialah Forum Kerjaya. Pengalaman interaksi dengan agensi-agensi ini diharapkan dapat menyediakan diri pelajar lebih bersedia dan berkeyakinan apabila perlu mencari pekerjaan nanti.


2. Pameran

Pameran diadakan di pekarangan Stadium Tertutup Nilai. Berbagai jenis pameran barangan dan perkhidmatan yang diadakan dan disertai oleh berbagai Syarikat. Pameran diadakan sepanjang pesta bermula 24-26hb. September 2010. Pengunjung pameran dapat menyaksikan berbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang disediakan seperti pertunjukan muzium (gasing/batik), pameran agensi kerajaan, pertunjukan ketenteraan,, demonstrasi sebatan syariah dan sivil dan pertunjukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


3. Gerai Jualan

Gerai-gerai jualan juga banyak disediakan di pekarangan stadium. Gerai-gerai jualan mendapat permintaan yang menggalakkan dan disertai oleh persatuan pelajar, kakitangan dan juga dari pihak luar. Para pengunjung dapat menikmati berbagai jenis makanan dan minuman serta barangan lain separti pakaian dan sebagainya.


4. Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen 8

Diadakan pada 22hb. September jam 8.00 pagi dan dianjurkan oleh HEP dengan kerjasama AJK dan urusetia Pesta Konvo 2010. Majlis perasmian yang meriah dengan persembahan dan sebagainya dirasmikan oleh Naib Canselor USIM.


5. Malam Memperingati Al-Quds

Diadakan pada 25hb September 2010 di dalam Stadium Tertutup Nilai. Pengisian bagi malam ini ialah persembahan artis nasyid. Sambutan bagi acara ini amat menggalakkan dimana ramai pengunjung yang datang dikalangan pelajar, kakitangan, dan masyarakat luar


6. Pertandingan Dikir Barat IPT/IPTS.

Pertandingan yang ditungu-tunggu oleh peminat Dikir Barat di Malaysia. Pertandingan Dikir Barat Institut Pengajian Tinggi / Institut Pengajian Tinggi Swasta yang akan diadakan pada 21hb September 2010. Dengan

tema 1Malaysia dan persaingan sengit di antara jaguh-jaguh IPT pasti menghiburkan dan mampu memeriahkan suasana Pesta Konvokesyen kali ini.


7. .Pertandingan Pidato Belia 1Belia 1Malaysia

7

8. .Persembahan Kumpulan Kebudayaan Tradisional/Dikir Barat.


9. .Jamuan Makan Malam Amal USIM.

10

10.Seminar Gerakan Usahawan.


11..Catur Bestari.

No comments:

Post a Comment