MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG CFEST8

Pesta Konvokesyen USIM pada tahun 2010 ialah pesta konvo yang ke-8 diadakan. Bersempena 10 tahun USIM maka pengisian dan satu re-branding terhadap kualiti penganjuran pesta konvo pada kali ini akan dibuat.

Terima kasih atas kunjungan dan sokongan yang diberikan. Pengunjung blog dinasihatkan untuk meluangkan masa untuk melihat 'older post' sekiranya tidak menjumpai maklumat yang dikehendaki pada muka utama blog ini.

Bersempena Konvokesyen USIM kali ke-8, Sekretariat C-fest8 di bawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM akan mengadakan Pesta Konvokesyen.

Maklumat C-Fest 8:

Tarikh : 20-26 September 2010

Tempat : Stadium Tertutup Nilai, USIM

Pelbagai aktiviti seperti pembukaan gerai jualan,pameran ketenteraan, Pameran Inovasi Islam, Pameran Kerjaya, Konsert Malam Al-Quds dan pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan untuk memeriahkan suasana.


Sekian, terima kasih.

Saturday, September 18, 2010

AMANAT YDP MPP USIM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya mengucapkan syukur kehadrat Illahi atas kurniaan nikmat dan rahmat kepada kita semua sehinggakan kita berjaya mengadakan pesta konvokesyen USIM pada tahun ini.Sesungguhnya, tanpa pertolongan dan rahmat dariNya, kita semua tidak mampu untuk menganjurkan pesta konvokesyen (C-Fest) pada tahun ini.Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua sekretariat C-Fest yang telah bekerja bertungkus lumus bagi menjayakan program ini.Tanpa usaha dan penat lelah kita semua, penganjuran pada tahun ini tidak akan dapat dilaksanakan.Hanya Allah sahaja yang layak membalas jasa dan pengorbanan anda semua.
Saya mewakili barisan Exco MPP pada sesi ini ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan universiti yang telah bersama-sama memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan C-Fest 8 pada tahun ini.Tidak dilupakan juga penghargaan ini ditujukan kepada pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan serta Bahagian di USIM ini.Saya yakin dan percaya, kerjasam dan bantuan daripada semua telah membantu untuk menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua penaja dan Agensi-agensi kerajaan dan korporat yang telah bersama-sama menyokong dalam menganjurkan pesta konvokesyen pada tahun ini.
Akhir kata,sambutlah salam Muhibbah daripada saya dan Salam Perpaduan.
Selamat berpesta!!

*Pembudayaan ilmu pemangkin kecemerlangan Ummah
*Synergic,Responsive,Concern

Sekian.

Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia

19 September 2010

No comments:

Post a Comment