MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG CFEST8

Pesta Konvokesyen USIM pada tahun 2010 ialah pesta konvo yang ke-8 diadakan. Bersempena 10 tahun USIM maka pengisian dan satu re-branding terhadap kualiti penganjuran pesta konvo pada kali ini akan dibuat.

Terima kasih atas kunjungan dan sokongan yang diberikan. Pengunjung blog dinasihatkan untuk meluangkan masa untuk melihat 'older post' sekiranya tidak menjumpai maklumat yang dikehendaki pada muka utama blog ini.

Bersempena Konvokesyen USIM kali ke-8, Sekretariat C-fest8 di bawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM akan mengadakan Pesta Konvokesyen.

Maklumat C-Fest 8:

Tarikh : 20-26 September 2010

Tempat : Stadium Tertutup Nilai, USIM

Pelbagai aktiviti seperti pembukaan gerai jualan,pameran ketenteraan, Pameran Inovasi Islam, Pameran Kerjaya, Konsert Malam Al-Quds dan pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan untuk memeriahkan suasana.


Sekian, terima kasih.

Monday, June 28, 2010

Perhatian kepada semua pengunjung Blog CEST8..Tentatif terkini cfest 8


*Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Dokumen perjanjian boleh di dapati :

a) Di pejabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM sewaktu waktu pejabat (Jam 8.00 pagi-5.00 petang) daripada hari Isnin-Jumaat.

b) Melalui Faks. Wakil Sekretariat Gerai-Jualan Cfest8 akan memfaks kepada penggerai yang memohon melalui faks di Bahagian HEP USIM ,No.faks : 06-798 6117

c) Melalui wakil-wakil yang dilantik oleh Sekretariat Gerai-Jualan Cfest8.

d) Melalui email. Pihak Sekretariat Gerai Jualan akan menghantar softcopy Dokumen Perjanjian kepada penggerai yang berminat.

Emailkan email anda ke cfest8_stall@yahoo.com

e) Melalui link download ‘Dokumen Tempahan Gerai-Jualan C-Fest8’ di dalam Blog Rasmi CFEST8 : http://cfest8usim.blogspot.com

Link Muat Turun berikut (Sila klik pada dokumen yang dikehendaki):
- Sewaan tapak Lot Gerai Kering & Basah di pekarangan Stadium Tertutup Nilai
- Sewaan tapak Lot Korporat di pekarangan Stadium Tertutup Nilai
- Sewaan tapak Lot di PICC, Putrajaya

* Muat Turun juga Manual Memeterai Dokumen di atas pada link ini.(Download)


Saturday, June 12, 2010

NOTIS PEMBUKAAN PENJUALAAN TAPAK GERAI C-FEST8

MAKLUMAN PENJUALAN TAPAK GERAI PESTA KONVOKESYEN KE 8 USIM 2010 (C-FEST8)

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta Konvokesyen Ke-8 USIM 2010 akan diadakan pada 20- 26hb September 2010 di pekarangan Stadium Tertutup Nilai, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan dan pada 24-25hb di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersempena Majlis Konvokesyen Ke-8 USIM 2010. Pelbagai acara akan dilaksanakan seperti Career Exploration (CAREX 2010), Forum Kerjaya, Forum Milenia Muslim, Malam Memperingati Al-Quds, pertunjukan ketenteraan, pameran agensi kerajaan, Seminar Gerakan Usahawan, Ekspo Inovasi Islam 2010 (Innova’10) dan pelbagai aktiviti menarik lagi dalam menjayakan Pesta Konvokesyen tersebut.

Sehubungan itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP) USIM sebagai Sekretariat Pesta Konvokesyen telah membuka penjualan tapak gerai pesta konvo kepada orang ramai termasuk pelajar dan juga staf USIM. Tuan/Puan yang berminat dan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan lot gerai pesta konvo tersebut sila hadir ke Pejabat MPP dan berurusan dengan Sdr.Daing Muhamad Fadzil Abd Latif atau di talian 013-344 0819 atau emailkan kepada cfest8_stall@yahoo.com Mohon kerjasama tuan/puan juga untuk menyebarkan maklumat ini kepada masyarakat luar

Sekian, terima kasih.

Deskripsi Aktiviti Sepanjang CFEST 8 USIM

1. Career Exploration (CAREX 2010)

CAREX 2010 akan diadakan selama 3 hari bermula 21-23hb. September 2010 di dalam Stadium Tertutup Nilai, berkonsepkan pameran kerjaya, program uni membuka ruang kepada mahasiswa/i seluruh IPTA/S untuk mengenali agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan bidang kerjaya mereka dengan lebih dekat. Turut diadakan di sebelah malam ialah Forum Kerjaya. Pengalaman interaksi dengan agensi-agensi ini diharapkan dapat menyediakan diri pelajar lebih bersedia dan berkeyakinan apabila perlu mencari pekerjaan nanti.


2. Pameran

Pameran diadakan di pekarangan Stadium Tertutup Nilai. Berbagai jenis pameran barangan dan perkhidmatan yang diadakan dan disertai oleh berbagai Syarikat. Pameran diadakan sepanjang pesta bermula 24-26hb. September 2010. Pengunjung pameran dapat menyaksikan berbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang disediakan seperti pertunjukan muzium (gasing/batik), pameran agensi kerajaan, pertunjukan ketenteraan,, demonstrasi sebatan syariah dan sivil dan pertunjukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


3. Gerai Jualan

Gerai-gerai jualan juga banyak disediakan di pekarangan stadium. Gerai-gerai jualan mendapat permintaan yang menggalakkan dan disertai oleh persatuan pelajar, kakitangan dan juga dari pihak luar. Para pengunjung dapat menikmati berbagai jenis makanan dan minuman serta barangan lain separti pakaian dan sebagainya.


4. Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen 8

Diadakan pada 22hb. September jam 8.00 pagi dan dianjurkan oleh HEP dengan kerjasama AJK dan urusetia Pesta Konvo 2010. Majlis perasmian yang meriah dengan persembahan dan sebagainya dirasmikan oleh Naib Canselor USIM.


5. Malam Memperingati Al-Quds

Diadakan pada 25hb September 2010 di dalam Stadium Tertutup Nilai. Pengisian bagi malam ini ialah persembahan artis nasyid. Sambutan bagi acara ini amat menggalakkan dimana ramai pengunjung yang datang dikalangan pelajar, kakitangan, dan masyarakat luar


6. Pertandingan Dikir Barat IPT/IPTS.

Pertandingan yang ditungu-tunggu oleh peminat Dikir Barat di Malaysia. Pertandingan Dikir Barat Institut Pengajian Tinggi / Institut Pengajian Tinggi Swasta yang akan diadakan pada 21hb September 2010. Dengan

tema 1Malaysia dan persaingan sengit di antara jaguh-jaguh IPT pasti menghiburkan dan mampu memeriahkan suasana Pesta Konvokesyen kali ini.


7. .Pertandingan Pidato Belia 1Belia 1Malaysia

7

8. .Persembahan Kumpulan Kebudayaan Tradisional/Dikir Barat.


9. .Jamuan Makan Malam Amal USIM.

10

10.Seminar Gerakan Usahawan.


11..Catur Bestari.

Info CFEST8..Untuk Rujukan Semua





*Untuk paparan yang lebih jelas sila klik pada gambar di atas


Thursday, June 10, 2010

Rujukan Peta CFEST8







Gambar 1 :
Layout Gerai-Jualan & Pameran di pekarangan Stadium Tertutp Nilai pada 20-26 September 2010

Gambar 2 :
Layout Gerai-Jualan & Pameran di hadapan Dewan Perdana 1 & 2 Pusat Konvokesyen Perdana Putrajaya (PICC) pada 24-25 September 2010

* Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Program: Solat Hajat Perdana Dan Majlis Bacaan Yasin Sempena 10 Tahun USIM



Tarikh:
23 September 2010

Masa: 07.00 pm - 09.00 pm

Tempat: Stadium Tertutup
Nilai

Pertandingan dikir barat antara IPT SEMPENA C’FEST 8

Tarikh, Tempat Dan Waktu Yang Dicadangkan

Tarikh : 21 september 2010

Tempat : Stadium Tertutup Nilai

Waktu : 8.00 pagi – 4.00 petang

Anjuran

Sekteriat C’FEST8 dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar.

Peserta

IPTA dan IPTS berdekatan.